Peranti Siswa Keluarga Malaysia diperkenal - Utusan Malaysia

Peranti Siswa Keluarga Malaysia diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

“Sepanjang tempoh pandemik, mahasiswa tetap meneruskan pengajian mereka dalam norma yang baharu. Bagi pelajar yang kurang mampu, mereka adakalanya perlu meminjam peranti kawan, atau terpaksa ke pusat internet di pekan, untuk membuat tugasan pengajian.

“Malah, kadang-kadang ada juga antara mereka yang tidak dapat hadir ke kuliah online. Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

“Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

“Insya-Allah, seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.