Penyatuan Rasulullah mengajar semua bermuafakat - PM - Utusan Malaysia

Penyatuan Rasulullah mengajar semua bermuafakat – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, konsep penyatuan dibawa Nabi Muhammad mengajar semua pihak untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang demi mewujudkan satu Keluarga Malaysia yang harmoni.

Kata Perdana Menteri, meneladani sunnah Rasulullah SAW adalah salah satu cara membuktikan cinta  kepada Baginda. 

“Sewaktu berhijrah ke Madinah, Rasulullah bukan sahaja berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar melalui Piagam Madinah, malah bersama kaum Yahudi. Penyatuan yang diasaskan Baginda merentasi kabilah, agama serta fahaman. 

“Konsep penyatuan yang dibawa Rasulullah mengajar kita untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang demi mewujudkan satu Keluarga Malaysia yang harmoni,” katanya dalam Facebook beliau bersempena sambutan Maulidur Rasul esok. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN