Penunggang motosikal maut kemalangan di selekoh - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut kemalangan di selekoh

KEBENARAN rentas negeri dan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi turut meningkatkan nahas jalan raya. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan bertemu rakannya maut apabila motosikal terbabit dalam kemalangan di kilometer 27, Jalan Seremban-Tampin, dekat selekoh Kampung Batu, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 malam itu, mangsa, Muhamad Shafie Abdullah, 25, disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah motosikal iaitu motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi mangsa dan motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggangi remaja lelaki berusia 19 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dari arah Tampin menghala ke Seremban. Apabila sampai di tempat kejadian di selekoh tajam di Kampung Batu, mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terlanggar motosikal yang ditunggangi seorang remaja di laluan bertentangan.

“Kedua-duanya terjatuh di atas jalan raya tempat kejadian. Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja berkenaan mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Hazri berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, seorang penduduk, Azree Arif, 34, berkata, ketika kejadian dia baharu sahaja pulang dari kerja dan terdengar bunyi motosikal terjatuh.

Menurutnya, dia segera melihat ke lokasi yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya dan terlibat seorang penunggang motosikal sudah terjatuh ke atas jalan.

“Masa itu perut mangsa masih berombak beberapa kali. Jika diikutkan, lokasi selekoh ini memang sering berlaku kemalangan, namun, ini merupakan kejadian pertama kemalangan berlaku selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN