Pemuda ‘gila kambing’ belanja RM150,000 - Utusan Malaysia

Pemuda ‘gila kambing’ belanja RM150,000

MOHD. Azwan Harun (kiri) memeriksa kambing baka Red Boer America miliknya bersama seorang pembantu di Kampung Lebai Akhil, Pasir Mas. – UTUSAN/ YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Gara-gara minat, seorang penternak sanggup berhabis RM150,000 bagi membeli empat ekor kambing Red Boer America yang dikatakan baka ‘kayangan’.

Di Malaysia, kambing Red Boer America digelar sebegitu kerana harganya yang mahal mencecah RM30,000 seekor selain hanya boleh dibeli dari negara asalnya Amerika Syarikat.

Mohd. Azwan Harun, 34, memberitahu Utusan Malaysia, dia membeli kambing-kambing itu untuk dibiak kerana baka Red Boer America masih kurang dikenali di negara ini berban­ding baka import lain seperti Kalahari.

Katanya, seekor kambing Red Boer America betina dewasa dibeli pada harga RM30,000 manakala seekor kambing jantan dewasa pula RM25,000.

“Selain itu saya turut membeli dua ekor anak kambing dengan harga RM20,000 setiap seekor.

“Termasuk sekali dengan caj penghantaran bagi memastikan kesemua kambing tersebut masuk secara sah dan selamat ke negara ini, kos keseluruhan dianggarkan

RM150,000,” katanya ketika ditemui di ladang miliknya di Kampung Lebai Akil, di sini baru-baru ini.

Mohd. Azwan berkata, percaturannya setakat ini menjadi sebagaimana diharapkan apabila induk betina kambing tersebut bunting dan dijangka melahirkan anak pada Januari depan.

“Saya beri kambing makan rumput minyak dan napier selain dedak dan garam bukit,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.