Pemilik restoran bekas pesakit Covid-19 sumbang makanan kepada hospital - Utusan Malaysia

Pemilik restoran bekas pesakit Covid-19 sumbang makanan kepada hospital

NORAZREEN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengalaman menjadi pesakit Covid-19 yang mendapatkan rawatan di Hospital Permai, di sini mendorong pemilik restoran makanan segera Marrybrown untuk menyumbang kembali kepada fasiliti kesihatan berkenaan.

Norazreen Ahmad, 38, memberitahu, dia dimasukkan ke wad di hospital berkenaan pada 10 September lalu dan menerima rawatan selama seminggu sebelum dibenarkan pulang.

Katanya, sepanjang tempoh berada di wad berkenaan, dia menerima layanan cukup mesra dan profesional daripada petugas kesihatan melibatkan doktor dan jururawat.

“Selepas pulih daripada Covid-19, tergerak di hati saya untuk menyumbangkan kepada petugas di hospital ini sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan mereka.

“Saya amat berharap mereka akan dapat terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan barangan keperluan harian kepada hospital berkenaan.

Sumbangan 20 kotak berisi makanan dan barangan keperluan harian serta wang tunai tersebut disampaikan kepada Pengarah Hospital Permai, Dr. Norazam Harun.

Tambah Norazreen yang mengusahakan restoran itu di KipMall Masai, mereka sebelum ini turut menyalurkan sumbangan serupa kepada golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Bukan semua orang bernasib baik dalam tempoh pandemik Covid-19 ini, dan kami berharap sumbangan yang diberikan akan dapat meringankan beban mereka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.