Pemilihan skuad Piala Davis tak telus? - Utusan Malaysia

Pemilihan skuad Piala Davis tak telus?

JEFF Leong (kiri) bersama anaknya, Mitsuki Leong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemilihan pemain ke kejohanan tenis berpasukan Piala Davis 2021 baru-baru didakwa tidak mengikut kedudukan ranking.

Itu pertikaian yang ditimbulkan oleh Jeff Leong, iaitu bapa kepada pemain remaja negara, Mitsuki Leong.

Jeff yang juga jurulatih pemain berusia 17 tahun itu mempertikaikan cara pemilihan pemain yang dianggapnya sebagai tidak telus.

“Pemilihan pemain tidak dibuat mengikut ranking. Pemain yang menduduki ranking tinggi  termasuk pemain nombor satu negara, Christian Didier Chin tidak tersenarai.

“Sebaliknya mereka yang tiada ranking telah terpilih, ” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jurulatih itu berkata, semua pemain difahamkan bahawa pemilihan skuad kebangsaan dibuat mengikut ranking berdasarkan saingan Cabaran Presiden.

“Kejohanan bulanan ini diadakan dalam kalangan lapan pemain terbaik iaitu enam pemain terbaik sirkit kebangsaan serta dua pemain wild card. Mereka akan berusaha mengumpul mata bagi menentukan ranking masing-masing,” ujarnya.

Berdasarkan perkiraan, Christian menduduki ranking pertama, diikuti Koay Hao Sheng, Syed Agil Syed Naguib, Mitsuki, Daniel Prickett, Christian Liew, Leroy Yong, Aiman Hamdan, Ashaari Zainal Abidin dan Shamirul Shahril Adam Das. 

Bagaimanapun hanya Hao Sheng dan Syed Agil terpilih dalam skuad empat pemain ke Jordan itu. Dua lagi ialah Imran Daniel Abdul Hazli dan Naufal Siddiq Kamaruzzaman.

“Apa justifikasi pemilihan dua pemain lagi itu?. Ini tidak adil kepada pemain lain, termasuk anak saya yang berusaha menempatkan diri dalam ranking tinggi,” katanya.

Dalam kejohanan yang berlangsung dari 15 hingga 18 September itu, Malaysia yang beraksi dalam Kumpulan A, Asia/Oceania Kumpulan 4 mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya