Pemain Perak FC terkedu rumah kampung terbakar - Utusan Malaysia

Pemain Perak FC terkedu rumah kampung terbakar

ZABBIR Ahmad (dua dari kiri)menunjukkan rumah tinggalan arwah bapanya yang berusia lebih 90 tahun kepada Jahaya Ibrahim (kiri)  yang musnah dalam kebakaran dekat Jalan Ros, Kampung Batu 7 di Ijok, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kebenaran rentas negeri bagi pemain pertahanan Perak FC mungkin tidak sebaik orang lain apabila terpaksa pasrah melihat rumah peninggalan arwah bapa di kampung halamannya dekat Jalan Ros, di Kampung Batu 7, Ijok di sini, musnah dijilat api.

Idris Ahmad, 29, memberitahu, pada awalnya dia menyangkakan panggilan diterima daripada abangnya, Zabbir, 38, malam semalam, mahu bertanya khabar dan mengajak pulang ke kampung selepas dibenarkan rentas negeri.

Namun, katanya, ternyata ia meleset kerana ia berhubunt kebakaran berkenaan.

“Saya pulang malam Jumaat lepas setelah dimaklumkan olehnya berhubung kebakaran tersebut. Rumah itu menjadi tumpuan anak-anak muda belajar membaca all-Quran dengan orang tua saya semasa hayatnya.

“Rumah berusia lebih 90 tahun ini amat nostalgik kepada saya kerana itulah rumah tempat saya dilahirkan dan dibesarkan hingga saya menjadi pemain bola sepak profesional bersama Perak FC,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Zabbir ketika ditemui ketika menerima sumbangan daripada Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim, menceritakan kembali detik kejadian yang didakwanya berlaku dengan pantas pada Khamis kira-kira pukul 6.45 petang ketika dia keluar pergi ke kedai berhampiran.

Tambahnya, akibat kejadian itu dia sekeluarga bersama isteri dan dua anaknya kini tinggal sehelai sepinggang selepas tidak sempat menyelamatkan barang keperluan seperti pakaian dan dokumen penting dalam insiden itu serta menanggung kerugian sehingga RM150,000.

“Saya sedang membeli barang bergegas pulang selepas mendapat panggilan telefon dari kawan bahawa rumah sedang terbakar. Dalam perjalanan, kawan turut menghantar video mengenai kejadian itu yang mana hampir keseluruhan rumah saya dijilat api.

“Lebih terkilan, perabot dan barang elektrik termasuk tiga motosikal serta sebuah mesin rumput yang dibeli tiga bulan lalu turut musnah,” ujarnya.

Bagaimanapun, Zabbir bersyukur kerana tiada keceraan dan kemalangan menimpa kerana isteri dan anak-anaknya berada di rumah keluarga di Sungai Buloh sementara anak angkatnya pula, Mady. Affandy Rudy Iquandi, 16, sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, Jahaya selepas penyerahan sumbangan itu memaklumkan akan berhubung dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk membantu keluarga Zabbir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya