Pelitup muka merah jambu edisi khas untuk sokong kempen kesedaran barah payu dara

Pelitup muka merah jambu edisi khas untuk sokong kempen kesedaran barah payu dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MEDICOS sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang diasaskan oleh bekas pesakit barah payu dara bagi membantu mereka yang terkesan oleh penyakit ini dari segi fizikal, mental, dan sosial bekerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) serta Candy Girls, menganjurkan bagi tahun kedua Kempen Kesedaran Barah Payudara.

Matlamat kempen ini adalah menyebarkan harapan kepada semua pesakit barah payudara dan penjaga mereka, supaya terus berdialog, bercerita dan berkongsi pengalaman bagi membantu perjuangan melawan penyakit ini.

MEDICOS bersama dengan Candy Girls turut memperkenalkan video kempen yang memperincikan perjalanan seseorang pesakit barah payudara, kesukaran dan ketakutan yang terpaksa mereka hadapi dalam perjuangan melawan penyakit ini.

“Tiada siapa patut mengharungi cabaran ini seorang diri. Wanita tentu akan merasa pelbagai tekanan emosi apabila bahagian badan paling intim mereka diserang barah. Kita perlu menyediakan ruang yang selamat dan terbuka supaya wanita-wanita ini dapat meluahkan perasaan mereka dengan lebih selesa tanpa rasa malu dan dinilai.

“Para pesakit memerlukan sistem sokongan, dan pasukan kami di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sentiasa bersedia untuk mendengar masalah mereka dan membantu pesakit barah payudara sebaik mungkin,” kata Pengarah PPUM, Prof. Dr. Nazirah Hasnan.

Sempena dengan kempen ini, MEDICOS, syarikat milik keluarga yang menerajui penghasilan pelitup muka di Malaysia kini memperkenalkan pelitup muka merah jambu edisi khas yang direka oleh artis Malaysia berbakat, Dr Caryn Koh yang kini berpangkalan di United KIngdom.

Dr Caryn merupakan pemenang pertandingan 2020 Breast Cancer Face Fabric Mask Design, pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia.

Pelitup muka merah jambu ini boleh dibeli di Watsons, Farmasi Caring, rangkaian peruncit-peruncit bebas lain dan platform e-dagang terkemuka sepanjang bulan ini.

Sebahagian daripada hasil jualan pelitup muka ini akan disumbangkan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam usaha mereka memerangi barah payu dara.

Ketua Pegawai Eksekutif  MEDICOS, William Wong berkata: “Pandemik telah memberikan kita ketahanan dan mengajar kita kepentingan harapan. Pada Bulan Kesedaran Barah Payudara ini,
MEDICOS memainkan peranan untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk menghargai semua wanita.

“Sama ada ibu, adik, kakak, atau isteri anda, mereka semua membawa perubahan ke dalam hidup kita, dan kini tiba giliran kita untuk menyokong mereka. Anda juga boleh turut serta dengan memakai pelitup muka merah jambu kami; mari kita bersama-sama mulakan perbincangan mengenai barah
payudara.”

Berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCRR) 2012-2016, barah payudara kini dialami 34 bagi setiap 100,000 wanita di Malaysia, peningkatan daripada 31 pada tahun 2007 hingga 2011.

Barah payudara mempunyai beban penyakit yang mempengaruhi 31.1 peratus daripada semua wanita yang menghidap barah di Malaysia. Langkah pertama untuk melawan barah payudara
adalah melalui pengesanan awal.

Ketua Unit Bedah Payudara PPUM, Profesor Madya Dr. See Mee-Hoong, berkata semasa sesi pelancaran, “Pengesanan awal memang dapat menyelamatkan nyawa.

Sebagai contoh, jika barah payudara ini dikesan dan dirawat pada tahap 1, kadar dapat terus hidup boleh mencapai setinggi 95 peratus.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami risiko barah payudara. Saya menggesa setiap wanita berusia 50 tahun ke atas untuk menjalani ujian mamogram hari ini.

“Kepada semua wanita yang menghidap barah payudara: jangan berjuang seorang diri. Dekati rakan-rakan, ahli keluarga, atau wanita lain yang juga menghidap barah payudara dan kongsikan tentang apa yang anda lalui.

“Dapatkan sokongan dan ketenangan yang akan memainkan peranan penting sepanjang perjuangan anda. Dan yang paling penting, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan.

“Kemajuan perubatan pada hari ini dapat memberikan harapan dan meningkatkan peluang anda untuk terus hidup jika dirawat lebih awal,” tambahnya lagi.

Semasa acara pelancaran, Dr. See juga mengumumkan buku ‘Pink Agent’, satu buku pertama dalam bahasa Mandarin mengenai barah payudara di Malaysia yang akan dikeluarkan pada 24 Oktober.

Buku ini ditulis bersama oleh bekas pesakit barah payudara Cik Sia Sock Fong, pakar diet Goh Yoke Lian dan Dr. Tan Hui Ting.

“Pink Agent” bertujuan untuk mengajar para pembaca realiti sebenar di sebalik penyakit ini dan kemajuan terkini dalam rawatan kanser payudara.

Tambahan lagi, PPUM kini sedang memperluas dan menambahbaik Pusat Sumber Kanser Payudara (BCRC) dan pusat yang baru diperbaharui itu akan dilancarkan pada akhir bulan ini. Pusat sumber, yang ditubuhkan pada tahun 2005, secara proaktif memberikan perkhidmatan klinikal, latihan, pendidikan dan penyelidikan dalam rawatan barah payudara kepada pesakit dan pengasuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya