Pelancongan gelap bantu rancakkan industri pelancongan Sabah - Utusan Malaysia

Pelancongan gelap bantu rancakkan industri pelancongan Sabah

JONISTON BANGKUAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Industri pelancongan Sabah dijangka terus berkembang dengan pengenalan pelancongan gelap sebagai produk atau pakej pelancongan baharu.

Pelancongan gelap ini membabitkan lokasi atau aktiviti berkaitan dengan tragedi dan kematian yang mempunyai kisah sejarah tersendiri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, terdapat 40 produk dan aktiviti yang berpotensi dijadikan pelancongan gelap di kawasan Taman-Taman Sabah (TTS) telah dikenal pasti.

Antaranya ialah Taman Kinabalu, Taman Tuanku Abdul Rahman, Pulau Tiga, Banjaran Crocker, Taman Tun Mustapha, Taman Pulau Penyu, Taman Tun Sakaran, Taman Bukit Tawau serta Pulau Sipadan.

Gua Penyu di Pulau Sipadan antara lokasi dicadangkan sebagai pelancongan gelap.-IHSAN Joe Starzz

Justeru, kementerian melalui Taman-Taman Sabah (TTS) akan memperincikan produk dan aktiviti yang dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan gelap di Sabah.

Pelancongan gelap ini mengetengahkan produk atau aktiviti pelancongan yang berkonsepkan sejarah, warisan dan tragedi.

Beliau berkata, langkah itu diambil untuk mempelbagaikan produk pelancongan sedia ada bagi menarik minat pelancong domestik seiring dengan pembukaan semula sempadan negeri bermula November.

Lokasi dan aktiviti yang dikenal pasti ini dicadangkan menerusi lapan siri perkongsian oleh lapan pegawai penyelidik dari semua stesen atau taman di bawah TTS bermula 21 September hingga 14 Oktober lalu.

“Walau bagaimanapun, perincian pembangunan lokasi-lokasi terpilih itu memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk universiti bagi membuat kajian lanjut.

“Perancangan rapi bagi mempromosikan pelancongan gelap ini perlu dibangunkan dengan segera oleh TTS dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB),” katanya semasa majlis penutupan bengkel dan sesi perkongsian gabungan ekopelancongan dan pelancongan gelap secara dalam talian hari ini.

Pelbagai lokasi dan tempat berpotensi diketengahkan bermula dari dasar lautan Pulau Sipadan sehingga ke puncak Gunung Kinabalu dengan penyertaan seramai 666 orang peserta.

Mengulas lanjut katanya, salah satu cabaran mempromosikan pelancongan gelap ialah kekurangan maklumat tepat mengenai konsep pelancongan ini sehingga ada yang menganggap pelancongan gelap hanya berasas unsur paranormal.

“Misalnya, Pulau Corregidor di Filipina dijadikan pulau bersejarah untuk memperingati pertempuran tentera Filipina dan Amerika Syarikat dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia kedua,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya