Pelan Tindakan Nasional Buruh Paksa atasi masalah buruh paksa

Pelan Tindakan Nasional Buruh Paksa atasi masalah buruh paksa

M SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia akan melancarkan Pelan Tindakan Nasional Buruh Paksa pada bulan depan bagi mengatasi isu berkaitan buruh paksa di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pelan tersebut mengandungi empat matlamat strategik iaitu aspek kesedaran, penguatkuasaan, migrasi buruh dan akses kepada remedi dan perlindungan untuk mangsa.

Beliau berkata, kerjasama daripada pelbagai pihak penting terutama bagi menyebarkan maklumat sekali gus meningkatkan kesedaran awam mengenai isu buruh paksa.

“Isu buruh paksa ini memberikan imej yang buruk terhadap sektor pembuatan sarung tangan getah negara, di mana Malaysia adalah pengeksport utama yang menguasai 60 peratus pasaran global.

“Sektor ini juga menyumbang 51.1 peratus daripada keseluruhan jumlah eksport negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Saravanan menyeru semua pihak dapat bersama-sama dengan kerajaan memastikan negara dapat menangani dan seterusnya membendung gejala buruh paksa dalam negara.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu sekatan import oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (US CBP) terhadap produk berasaskan getah keluaran anak syarikat Supermax Corporation Bhd.

Menurutnya, sekatan ini dikenakan berdasarkan kepada siasatan US CBP yang mendapati bahawa syarikat tersebut mempunyai 10 indikator buruh paksa dalam operasi pembuatan mereka.

“Isu buruh paksa dalam sektor pembuatan sarung tangan getah mula dikaitkan dengan syarikat tempatan bermula pada September 2019.

“Sehingga kini, tiga syarikat tempatan dikenakan sekatan, namun telah ditarik balik pada Mac dan September tahun lalu. Saya dan kementerian akan memberikan tumpuan terhadap perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya