Pekan Yan dilanda banjir selepas hujan lebat - Utusan Malaysia

Pekan Yan dilanda banjir selepas hujan lebat

KEADAAN banjir yang berlaku selepas hujan lebat di pekan Yan, Kedah,  malam ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Penduduk di pekan Yan di sini,terjejas dalam kejadian banjir selepas hujan lebat pada pukul 4.30 petang tadi.

Kawasan pekan Yan mula dinaiki air pada pukul 6 petang selepas air di Sungai Yan melimpah apabila bertembung dengan air laut yang pasang malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, air mula memasuki rumah penduduk penduduk selepas hujan lebat lebih dua jam petang tadi.

Menurutnya, lebih 10 rumah di pekan Yan dan berdekatan Sungai Yan dimasuki air sedalam kira-kira satu meter dalam kejadian banjir kilat itu.

“Sebaik sahaja menerima laporan, kita menggerakkan anggota untuk memantau keadaan dan melakukan usaha menyelamat,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Seorang penduduk di Kampung Seberang Pekan Yan, Nadiroh Mat, 35, berkata, rumahnya yang terletak berdekatan sungai dimasuki air dengan pantas dan beberapa barangan mengalami kerosakan.

“Nasib baik ketika kejadian empat anak saya berada di dalam rumah dan mereka membantu mengangkat beberapa barangan semasa kejadian.

“Saya sekeluarga ketakutan apabila air dari Sungai Yan melimpah dan masuki dalam rumah selepas hujan lebat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN