Pegawai polis maut, kenderaan terbabas sendiri - Utusan Malaysia

Pegawai polis maut, kenderaan terbabas sendiri

Kenderaan dipandu pegawai polis yang maut dalam kemalangan di Jalan Lintas berhampiran Metro town, Kota Kinabalu hari ini.-IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hilang kawalan ketika memandu hingga merempuh sebatang pokok mengakibatkan seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakannya maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Lintas berhampiran Metro town hari ini.

Akibat rempuhan yang kuat pada pokok, kedua-dua mangsa, Asisten Superintendan (ASP), Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, dan rakannya Dylevia Dewalter,38, tercampak keluar dan termasuk ke dalam longkang di pembahagi jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan George Abd Rakman berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi, kenderaan Nissan Almera yang dipandu pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak itu terbabas sendiri sebelum merempuh sebatang pokok.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mereka tercampak keluar daripada kenderaan dan ditemukan di dalam longkang di kawasan pembahagi jalan.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke unit kecemasan HQEII dan disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurut beliau, semasa kejadian keadaan jalan agak lengang dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya