[PARLIMEN] Tidak bermakna AUKUS tidak boleh didampingi - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Tidak bermakna AUKUS tidak boleh didampingi

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjasama pertahanan antara Malaysia dengan negara serantau ASEAN bukan bermakna Malaysia tidak boleh terus mendampingi pakatan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) atau negara kuasa besar lain.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerjasama negara ASEAN dilihat mampu mengimbangi pengaruh kuasa besar disebalik penubuhan AUKUS.

“Saya dapat berhubung dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto. Beliau menyatakan betapa penting kita 10 negara ASEAN dapat berinteraksi secara dekat khususnya dalam perkembangan terkini iaitu AUKUS. Namun ia tidak bermakna kita tidak boleh terus mendampingi kuasa terbabit.

“Kebetulan utusan khas dari Australia akan berjumpa saya hari ini dan apa yang kita lakukan melalui diplomasi ini, bukan untuk menyatakan kita ini hebat sangat, tetapi sekurang-kurangnya kita ada pendirian sebagai sebuah negara berdaulat,” katanya dalam sesi penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN