[PARLIMEN] Sukar perkasa MPTN kerana di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan- Noraini Ahmad - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Sukar perkasa MPTN kerana di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan- Noraini Ahmad

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi berdepan cabaran untuk memperkasakan Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) kerana menteri yang bertanggungjawab ke atas majlis itu adalah Kementerian Pendidikan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, peruntukan itu selaras di bawah Akta MPTN (Akta 546) dan bukan kementerian yang diterajuinya.

Walau bagaimanapun, katanya, kementerian dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah membuat semakan terhadap akta itu melalui kuasa yang diperuntukkan kepada Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang di bawah Akta Penyemakan Undang-undang 1968.

“Kami juga merasakan betapa pentingnya menghidupkan semula majlis ini, sebab itulah kerajaan mengambil tindakan proaktif dengan menubuhkan secara pentadbiran Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (JPPT) yang menjalankan sebahagian daripada fungsi MPTN,” ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

MPTN merupakan undang-undang yang bertanggungjawab terhadap perancangan pendidikan tinggi negara yang kesannya akan meliputi semua universiti dan kolej universiti kerajaan dan swasta yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Fungsi MPTN begitu luas yang antaranya merancang, membentuk dan menentukan dasar serta strategi kebangsaan bagi perkembangan pendidikan tinggi, menentukan dasar dan kriteria bagi penguntukan wang kepada institusi pengajian tinggi serta bidang atau kursus pengajian yang diusahakan oleh institusi terbabit.

Menteri yang menerajui Kementerian Pendidikan pula ialah Datuk Dr. Radzi Jidin.

Mengulas lanjut, kata Noraini, keahlian MPTN adalah sama seperti JPPT dengan tambahan ahli iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan jawatankuasa itu telah bersidang buat pertama kali pada 22 Julai lalu.

“Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah penjanaan pendapatan universiti awam, succession plan di universiti awam, pengajaran dan pembelajaran masa hadapan, kebolehpasaran graduan, pengoperasian IPT (institut pengajian tinggi) dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta isu penting berkenaan pendidikan tinggi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya