[PARLIMEN] SPR bakal adakan program di sekolah, IPT untuk bakal pengundi - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] SPR bakal adakan program di sekolah, IPT untuk bakal pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Akademi Pilihan Raya akan mengadakan program di sekolah dan institut pengajian tinggi kepada bakal pengundi menjelang pelaksanaan Undi18.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program itu adalah bagi memastikan bakal pengundi memahami tanggungjawab mereka dalam mengambil bahagian dalam pilihan raya.

“Libat urus dengan pihak sekolah yang dirancangkan dahulu mengalami sedikit masalah kerana masa, memandangkan pelaksanaan Undi18 pada bulan Disember nanti adalah sangat singkat.

“Walaubagaimanapun, SPR serta Akademi Pilihan Raya akan membuat program di sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi awam serta swasta untuk beri penjelasan mengenai tanggungjawab warganegara untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

“SPR juga akan melaksanakan pendidikan pengundi bagi menambahkan keyakinan rakyat mengenai kelulusan perjalanan pilihan raya bagi meningkatkan keyakinan awam terhadap sistem pilihan raya,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Khairil Nizam Khirudin berhubung perancangan kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada bakal pengundi muda mengenai soal pendidikan politik dan keperluan untuk mengundi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN