[PARLIMEN] Sistem amaran banjir dilaksana seluruh negara jika berjaya di Gunung Jerai - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Sistem amaran banjir dilaksana seluruh negara jika berjaya di Gunung Jerai

MANSOR OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem amaran awal bagi memberi makluman awal kepada penduduk mengenai bencana banjir.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman berkata, pada peringkat permulaan, pihaknya merancang untuk memasang di Gunung Jerai, Kedah susulan bencana kepala air yang berlaku Ogos lalu sehingga mengorbankan tiga nyawa.

“Kementerian sedang merancang melaksanakan sistem amaran banjir, sebagai permulaan kementerian dicadangkan untuk menguji sistem tersebut di Gunung Jerai.

“Jika berjaya untuk memberi amaran awal kepada penduduk, ia akan diperluaskan di seluruh negara,” katanya bagi menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Tengku Zulpuri Raja Puji (PH-Raub) meminta kerajaan menjelaskan apa tindakan kerajaan untuk mengesan bencana banjir yang kerap berlaku kini.

Tambah Mansor lagi, sistem tersebut melibatkan stesen cerapan hujan, aras air dan siren.

“Jabatan Pengairan Saliran memerlukan kerjasama sepenuhnya dengan kerajaan negeri termasuk Jabatan Perhutanan memandangkan lokasi terletak di kawasan hutan, ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan,” ujarnya lagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN