[PARLIMEN] Guan Eng ganti Hamzah Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Guan Eng ganti Hamzah Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 76, Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Perkara itu dipersetujui ahli Dewan Rakyat setelah usul itu dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ia adalah bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN – Larut) bagi tempoh Parlimen Keempat Belas.

“Mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 76, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya memohon mencadangkan supaya Ahli Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan di lantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih di bawah Peraturan Mesyuarat 76 untuk tempoh Parlimen Keempat Belas, bagi menggantikan Yang Berhormat Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Larut,” jelas usul tersebut.

Dengan kelulusan tersebut, ahli jawatan kuasa kini terdiri daripada empat ahli Parlimen dari blok kerajaan dan dua ahli Parlimen dari blok pembangkang.

Ia terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN – Gombak), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN – Bagan Datuk), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PN – Marang), Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS – Petra Jaya) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson).

Sementara Datuk Azhar Azizan Harun bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN