Padah buat panggilan palsu minta wang tebusan daripada bapa

Tiga beradik terima padah buat panggilan palsu minta wang tebusan daripada bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Tiga beradik sanggup memperdaya bapa mereka dengan mendakwa diculik yang bertujuan untuk mendapatkan sejumlah wang tebusan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian Jumaat lalu, tiga suspek wanita berusia antara 25 hingga 32 tahun itu telah membuat panggilan telefon kepada bapa mereka mengatakan kononnya mereka dikurung.

Bagaimanapun menurut beliau, mangsa berusia 66 tahun itu kemudian segera membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anak-anaknya.

“Menurut mangsa, melalui panggilan telefon anaknya telah memaklumkan bahawa bapa mereka perlu menyediakan sejumlah wang jika mahu dilepaskan.

“Bagaimanapun, pada pukul 8.30 malam semalam, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah menahan tiga suspek di dua lokasi berasingan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Zaharudin, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek telah berkonspirasi membuat cerita palsu bahawa mereka dikurung bagi mendapatkan wang dari bapa.

“Kesemua wanita berkenaan kini direman bermula hari ini hingga Khamis di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang kejadian jenayah palsu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya