Operasi KLIA2 lancar - Utusan Malaysia

Operasi KLIA2 lancar

KAKITANGAN Malaysia Airport memeriksa tiket para penumpang sebelum menaiki pesawat penerbangan ketika tinjauan orang ramai kebenaran rentas negeri di KLIA 2, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini berjalan lancar dan seperti biasa biarpun rentas negeri di seluruh negara sudah dibenarkan bermula hari ini. 

Tinjauan Utusan Malaysia di KLIA2 mendapati, kehadiran penumpang di lapangan terbang tersebut tidaklah sesak seperti suasana ‘balik kampung’ bagi menyambut perayaan atau cuti umum di Malaysia. 

Hal ini berkemungkinan kebenaran rentas negeri baru diumumkan manakala warga perantau masih bekerja dan tidak dapat pulang ke kampung halaman, namun, dijangka lebih ramai dalam masa terdekat.  

Selain itu, kebanyakan penumpang yang ditemui mahu berlepas ke Langkawi untuk bercuti, malah paparan skrin jadual penerbangan di KLIA2 hanya melibatkan beberapa destinasi seperti Langkawi, Kedah, Bintulu dan Miri, Sarawak serta Singapura.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN