Operasi Benteng tiga serampang tangani masalah PATI

[Dewan Negara] Operasi Benteng tiga serampang tangani masalah PATI

MASTURA MOHD. YAZID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan telah menubuhkan Pasukan Khas Kebangsaan (NTF) yang bertanggungjawab menyelaras operasi secara bersepadu melibatkan 19 agensi keselamatan dan penguatkuasaan di sempadan negara bagi mengekang pencerobohan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian ke negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid berkata, empat agensi utama menyelaras operasi berkenaan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Imigresen.

“Operasi bersepadu yang dinamakan sebagai Operasi Benteng melalui tiga komponen iaitu Operasi Maritim di mana set-aset di bawah kawalan agensi penguatkuasaan telah diatur gerakkan dalam perairan negara bagi membendung sebarang aktiviti pencerobohan dan 22 kapal, 120 bot pemintas telah dikerah dalam Operasi Maritim melibatkan 100 pegawai dan 1,178 anggota.

“Selain itu, bagi Operasi Darat, sebanyak 472 sekatan jalan raya dilaksanakan dengan keanggotaan seramai 553 pegawai dan 10,668 anggota daripada semua agensi penguatkuasaan yang terlibat.

“Bagi operasi udara, aset-aset penguatkuasaan ialah melaksanakan operasi penerbangan melibat 2,822 penerbangan (sorties) merangkumi 8,288.9 jam penerbangan dan 1.3 juta batu nautika jarak penerbangan merangkumi perairan negara khas di kawasan titik panas.

“Bagi penugasan dron, sebanyak 2,809.8 jam penerbangan melibatkan 7,869 sorties berjaya dilaksanakan dan ia melibatkan seramai 217 pegawai dan 194 anggota,” katanya semasa sesi pemberitahuan pertanyaan jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Jefridin Atan mengenai penambahbaikan dasar dan tindakan bagi kawalan keselamatan sempadan negara melibatkan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pencerobohan militan di Pantai Timur Sabah bersempadan dengan Filipina dan Indonesia.

Dalam pada itu, kata Mastura, tindakan sedia ada buat masa ini termasuk mengadakan kerjasama rapat dengan Kerajaan Indonesia melalui Pos Gabungan yang dikendalikan secara bersama oleh ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Selain itu, kerajaan juga menjalin kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan negara-negara jiran melalui Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Indonesia (General Border Committee Malindo) dipengerusikan menteri pertahanan kedua-dua negara.

“Kerajaan juga mengekalkan dan meningkatkan tahap keselamatan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terutama di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.