Minta, terima suapan RM20,000, 2 kakitangan awam ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Minta, terima suapan RM20,000, 2 kakitangan awam ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan dua kakitangan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada pemilik sebuah syarikat swasta sebagai balasan mendapatkan kontrak bernilai lebih RM180,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia antara 37 tahun dan 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang tadi di sebuah restoran di Putrajaya.

Tambah sumber lagi, kedua-dua suspek disyaki bersubahat meminta wang suapan kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak membekal, menghantar dan memasang kelengkapan dan peralatan pejabat.

“Kontrak itu dianggarkan bernilai lebih RM180,000 daripada agensi berkenaan,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok untuk permohonan reman. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN