Mereka bernasib baik - Scholes - Utusan Malaysia

Mereka bernasib baik – Scholes

Scholes mengakui sangat bimbang dengan persembahan Manchester United menjelang pertemuan menentang Liverpool, hujung minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Paul Scholes menyifatkan Manchester United bernasib baik untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

United bangkit daripada ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama untuk menang menerusi jaringan Marcus Rashford, Harry Maguire dan Cristiano Ronaldo.

Kemenangan itu meletakkan Unoted di kedudukan teratas Kumpulan F tetapi Scholes sama sekali tidak teruja sebaliknya mengingatkan mereka untuk tidak terlalu bergembira kerana mereka akan berdepan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini.

“Saya faham keterujaan United tetapi aksi separuh masa pertama memang memalukan dan kalau mereka beraksi dengan baik mereka boleh menang dengan selesa.

“Atalanta beraksi tanpa lima tonggak. Saya faham keterujaan penyokong tetapi aksi yang ditunjukkan saya tidak suka dan ia sangat menakutkan terutama untuk berdepan pasukan yang lebih baik.

“Separuh masa pertama sangat menakutkan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya