OpenAI selesaikan masalah matematik berusia 90 tahun 

OpenAI selesaikan masalah matematik berusia 90 tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Syarikat kecerdasan buatan, OpenAI mengumumkan berjaya menyelesaikan satu masalah matematik lanjutan yang berusia lebih 90 tahun dalam tempoh dengan menggunakan model kecerdasan buatan (AI) baharu serta ribuan bot AI.

Pembangun aplikasi ChatGPT itu berkata, dengan memfokuskan sekumpulan kira-kira 10,000 ejen bot AI yang mampu menjalankan tugas secara autonomi, ia berjaya merungkai masalah matematik yang terkenal amat rumit itu dalam tempoh tiga hari 16 jam.

Masalah berkenaan merupakan sebahagian daripada persamaan Navier-Stokes yang berkaitan dengan pergerakan cecair. 

Selama 90 tahun, aspek penting dalam masalah berkenaan tidak mempunyai pembuktian kukuh, iaitu hujah dasar bagi menyokong sesuatu persamaan matematik yang betul.

OpenAI menyifatkan penyelesaian yang ditemui itu sebagai satu pencapaian bermakna dan bukti penting keupayaan alatan AI kini berkembang dengan pantas.

Bagaimanapun, penyelesaian daripada OpenAI itu masih belum disahkan secara bebas atau diterima secara rasmi oleh Institut Matematik The Clay, sebuah organisasi berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang menganjurkan anugerah Millennium Prize dan menawarkan ganjaran wang tunai lumayan kepada pihak pertama berjaya menyelesaikan teka-teki matematik tertentu.

Syarikat itu menyatakan pada akhir Ogos lalu, ia mula melatih model baharu yang dengan pantas menunjukkan kecekapan tinggi dalam bidang matematik. 

Meskipun bot AI berkenaan mengambil masa yang agak singkat untuk mencapai penyelesaian, OpenAI memaklumkan bot-bot tersebut bertukar hampir tiga juta mesej dan menggunakan sebanyak 130 bilion token barisan teks dan kod individu dalam memberikan jawapan khusus bagi masalah Navier–Stokes.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×