Mercedes-Benz E300 musnah dalam kebakaran di KM 226

Mercedes-Benz E300 musnah dalam kebakaran

KEADAAN sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz E300 yang musnah dalam kebakaran di Kilometer 226, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), Rembau, semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz E300 musnah dalam kebakaran di Kilometer 226, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), berhampiran susur keluar Pedas Linggi di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.53 malam itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 11.15 malam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Arif Ahmad Osasi, sebaik tiba, api sedang marak dan pihaknya mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran.

“Mangsa iaitu lelaki berusia 52 tahun yang beralamat di Rahang, Seremban sempat memberhentikan kenderaannya dan keluar dari kereta. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun, kereta ini musnah terbakar 100 peratus. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya