MBPJ beri sumbangan Deepavali kepada 80 keluarga - Utusan Malaysia

MBPJ beri sumbangan Deepavali kepada 80 keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekali lagi meneruskan usaha tanggungjawab sosialnya dengan menganjurkan Program Sumbangan Deepavali Tahun 2021 bertempat di Ibu Pejabat MBPJ.

Program sumbangan ini merupakan program tahunan Majlis yang bertujuan memberi khidmat komuniti dalam membantu meringankan beban golongan B40 yang berpendapatan RM 2,000 ke bawah terutamanya dalam kalangan ibu tunggal, warga emas, dan keluarga yang mempunyai tanggungan anak ramai untuk menyambut sambutan perayaan Deepavali pada 4 November 2021.

Sambutan Deepavali pada tahun ini lebih bermakna buat 80 keluarga masyarakat india yang terpilih di Petaling Jaya apabila menerima sumbangan berupa wang tunai RM 250.00 daripada MBPJ. Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir turut hadir meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penerima terpilih dan pada masa yang sama menyampaikan sumbangan
tersebut.

Penganjuran program ini juga bertujuan untuk mendekati, membantu serta memberi perhatian kepada golongan berkenaan sebagai usaha untuk mengeratkan lagi hubungan mesra dan penuh kasih sayang antara Majlis dan masyarakat di Petaling Jaya.

Selain itu, ianya selaras dengan Pelan Pembangunan Bandar sebagai Inclusive City yang mengambilkira keperluan dan penglibatan semua golongan serta golongan miskin di dalam
perancangan pembangunan sosial.

Untuk makluma n, penerima sumbangan ini merupakan peserta yang berdaftar di bawah Program
Pembangunan Komuniti Bandar MBPJ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.