Malaysia tewas kepada Jepun - Utusan Malaysia

Malaysia tewas kepada Jepun

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menamatkan saingan kumpulan Piala Thomas dengan kekalahan 1-4 kepada Jepun di Aarhus, hari ini sekali gus menjadi naib juara Kumpulan D.

Aksi pertama perseorangan utama negara, Lee Zii Jia gagal menyumbang mata pertama selepas tewas kepada pemain No.1 dunia, Kento Momota 21-15, 12-21, 21-23.

Harapan untuk pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan mata juga tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 13-21, 13-21.

Harapan Malaysia untuk menghidupkan peluang berkubur selepas pemain perseorangan kedua negara, Cheam June Wei tewas kepada Kanta Tsuneyama 20-22, 13-21.

Beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga gagal menghadiahkan mata selepas tewas 10-21, 16-21 kepada pasangan Akira Koga-Yuta Watanabe.

Dalam aksi terakhir, perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao menyumbangkan mata saguhati apabila menewaskan Kenta Nishimoto 21-19, 21-18.

“Saya agak terkejut dengan kemenangan Jun Hao sebab permainan dia menjadi dalam perlawanan ini dan berjaya meraih satu mata buat Malaysia.

“Ada masa dia ketinggalan tetapi dia berjaya mengatasi masalah. Saya percaya kemenangan ini menaikkan keyakinan dia untuk suku akhir nanti,” kata bekas jurulatih perseorangan negara, Datuk Rashid Sidek.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya