Malaysia sokong keputusan Pengerusi ASEAN berkaitan wakil Myanmar

Malaysia sokong keputusan Pengerusi ASEAN berkaitan wakil Myanmar

ISMAIL Sabri Yaakob ketika mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 melalui persidangan secara video hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menyokong penuh keputusan Brunei selaku Pengerusi ASEAN berhubung isu perwakilan negara Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta sidang-sidang kemuncak berkaitan.

Pendirian itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi akaun Twitter beliau ketika mengulas kenyataan Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan secara maya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 melalui persidangan secara video menerusi ucapannya turut menyentuh pelbagai antaranya isu wabak Covid-19 dan vaksin serta pelarian Rohingya. 

Terdahulu, Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 menyentuh mengenai wabak Covid-19 dan menggesa ASEAN meningkatkan kerjasama dengan negara mempunyai pemikiran sama serta pertubuhan antarabangsa yang relevan ke arah memastikan vaksin pada harga mampu milik, mudah diperoleh selain dikongsi secara saksama selain mengutamakan diplomasi kesihatan menerusi kolaborasi lebih meluas.

Selain itu, beliau berkata, Pasukan Petugas Peringkat Tinggi (HLTF) yang menyediakan Wawasan Komuniti ASEAN 2025 seharusnya mampu menyiapkan ASEAN supaya menjadi lebih ampuh dalam menangani cabaran dan menerima perubahan.

Beliau kemudian menekankan bahawa perkumpulan serantau itu seharusnya mengenal pasti langkah membolehkan ASEAN dapat bekerja lebih efisien dan efektif sambil memanfaatkan sepenuhnya sumber.

“Masukkan segala peluang yang terbit daripada pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik,” jelas beliau..

Sementara itu, pada Sidang Kemuncak ke-39, Ismail Sabri berkata, Malaysia menyeru Myanmar menunaikan komitmennya terhadap penghantaran pulang pelarian selain melindungi mereka yang pulang.

Beliau menyatakan, Malaysia turut berpegang teguh terhadap pendirian bahawa segala aspek berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman dan konstruktif sejajar dengan prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).

Malaysia turut kekal komited untuk meratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang hujung tahun ini kerana ia membantu mempercepat pemulihan serantau serta menjadikannya lebih berdaya tahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.