“Mak, jumpa abang di sana ya.”-Ibu Ali Puteh meninggal dunia - Utusan Malaysia

“Mak, jumpa abang di sana ya.”-Ibu Ali Puteh meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Ali Puteh memaklumkan berita duka ibu tercintanya, Sabariah Arshad telah pergi dijemput Ilahi di Hospital Selayang, tengah malam tadi.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.54 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.

Menerusi entri Instagram, Ali memaklumkan perkhabaran berkenaan dan meminta warganet mendoakan arwah ibu kesayangannya.

“Assalamualaikum, mak saya telah pergi menghadap ilahi.

“Doakan buat mak saya ya semua. Mak, jumpa abang di sana ya,” coretnya ringkas.

Menerusi hantaran terkini, pelawak itu memberitahu Allahyarhamah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, sebelum solat Jumaat.

“Jenazah mak akan dimandikan di Masjid Batu 8 jam 9 pagi dan akan dikebumikan di Sungai Pusu, Gombak, sebelum sembahyang Jumaat. InsyaAllah,” katanya.

Sebelum ini, arwah ibu Ali Puteh telah dimasukkan ke zon kritikal (zon merah), pada Selasa lalu kerana serangan asma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya