Majlis sosial venue tertutup mungkin sektor terakhir dibuka - Utusan Malaysia

Majlis sosial venue tertutup mungkin sektor terakhir dibuka

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membayangkan majlis sosial dalam venue tertutup merupakan antara sektor terakhir bakal dibuka.

Perkara itu dimaklumkan Khairy menerusi akaun Twitter beliau hari ini bagi mengulas ciapan seorang pengguna media sosial.

“Majlis sosial dalam venue tertutup mungkin antara sektor terakhir untuk dibuka. Buat masa ini, saya tak yakin SOP dapat dipantau di majlis-majlis perkahwinan besar dan sebagainya, apabila pelitup muka dicabut dan orang bercakap dengan mulut penuh dengan makanan.

“Mari kita lihat macam mana sikap kita selepas rentas negeri dibenarkan,” katanya di Twitter.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter bertanyakan sama ada majlis sosial boleh dibuat selepas dibenarkan merentas negeri.

Peratusan populasi dewasa lengkap divaksinasi kini menghampiri 90 peratus apabila semalam merekodkan 87.6 peratus sekaligus ianya menyaksikan tinggal 2.3 peratus bagi mencapai 90 peratus sejajar janji kerajaan untuk membuat sekatan rentas negeri sejak Januari lalu.

Menurut laman web Covidnow.moh.gov.my, sebanyak 20,513,168 telah lengkap divaksin manakala  94.3 peratus populasi menerima sekurang-kurang satu dos.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan penetapan 90 peratus vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri dibuat adalah bagi memastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran sama.

Beliau berkata pihaknya percaya tempoh untuk membenarkan rentas negeri sudah semakin hampir dan ia akan terus diumumkan sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya