LZS, Sime Darby tawar 5,873 peluang kerja untuk asnaf - Utusan Malaysia

LZS, Sime Darby tawar 5,873 peluang kerja untuk asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

ABDUL RAZAK IDRIS

[email protected]

 

SHAH ALAM- Lembaga Zakat Selangor (LZS) menawarkan kursus secara percuma kepada golongan asnaf di negeri ini bagi mendapat peluang pekerjaan dalam sektor perladangan di Sime Darby Plantation Berhad.

Menurut lembaga itu, terdapat 5,873 kekosongan melibatkan pelbagai jawatan di Sime Darby Plantation di seluruh negara yang boleh diisi asnaf yang terlibat.

Katanya, mereka yang melengkapkan latihan selama satu hingga dua bulan berpeluang memperoleh sijil industri dan diambil bekerja dalam bidang teknikal serta operasi.

Latihan diberi berdasarkan modul dibangunkan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional UiTM (iCEPS) dan Sime Darby Plantation.

“Kos latihan, tempat tinggal dan keseluruhan kos program adalah percuma.

“Penawaran gaji selepas latihan bermula dari RM1,200,” katanya dalam entri di laman Facebook semalam.

LZS berkata, permohonan dibuka sepanjang tahun dan golongan asnaf berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/Uitm-Simedarby-LZS. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN