Lonjakan kes kluster komuniti punca Kg. Pasir Kelang di Kelantan kena PKPD - Utusan Malaysia

Lonjakan kes kluster komuniti punca Kg. Pasir Kelang di Kelantan kena PKPD

KAWASAN Kampung Pasir Kelang di Kelantan boleh dihubungi dengan feri yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 11 malam. – Foto media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah perkampungan di Kelantan menjadi lokaliti tunggal di negara ini bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Rabu iaitu Kampung Pasir Kelang dalam Mukim Batu Mengkebang di Jajahan Kuala Krai.

Langkah itu susulan lonjakan kes setelah diumumkan kluster komuniti di kawasan ini oleh Jabatan Kesihatan Kelantan pada Jumaat lalu dengan semalam jumlah kumulatif sudah 38 kes. 

Perkampungan tradisional itu merangkumi Pasir Kelang Lama dan Baru sudah pun menerima vaksin Covid-19 menerusi program jangkauan melibatkan lebih 300 penduduk pada Julai lalu.

Lokaliti terpencil ini dipisahkan oleh Sungai Kelantan dan hanya boleh dihubungi dengan feri yang mengambil masa lima minit perjalanan ke jeti kawasan di seberangnya sejauh 250 meter.

Ketika ini, ada tiga lagi kluster di Kelantan iaitu Jalan Sri Aman 2 di Pasir Puteh dengan 16 kes, Taman Desa Wira di Pasir Mas dengan 15 kes dan Jalan Seneng di Bachok dengan 14 kes.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, satu lokaliti di Daerah Raub, Pahang yang sepatutnya berakhir PKPD esok namun disambung tempohnya dua minggu lagi hingga 19 Oktober depan membabitkan kawasan Ladang dan Kilang Sawit RMDC Sdn. Bhd. di Bukit Koman dalam Mukim Gali sejak 23 September disebabkan kluster industri daripada pekerja yang bergejala.

RODZI MD. SAAD

Namun katanya, empat lagi lokaliti di negeri itu ditamatkan serentak esok antaranya Kampung Orang Asli Dusun Pak Senam, Daerah Lipis yang lama dikenakan PKPD sejak 8 September; begitu juga tiga skim tanah dalam Daerah Bera iaitu Felda Rentam, Felda Sebertak dan Felda Tementi yang berakhir seminggu lebih awal setelah dilaksanakan PKPD pada 29 September.

Di Sabah pula jelas Rodzi, satu lokaliti tamat PKPD seperti dijadualkan MKN iaitu di Kampung Garib, Daerah Matunggong, Bahagian Kudat yang diwartakan sekatan itu pada 22 September.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya