Lelaki tersepit tangan kiri di mesin tebu - Utusan Malaysia

Lelaki tersepit tangan kiri di mesin tebu

SEORANG lelaki hampir hancur jari tangan kirinya selepas tersepit pada mesin air tebu dalam kejadian di Taman Dato Shahbandar, Ampangan, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki hampir hancur jari tangan kirinya selepas tersepit pada mesin air tebu dalam kejadian di Taman Dato’ Shahbandar, Ampangan, dekat sini pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.34 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian. 

“Setibanya di lokasi kejadian kami dapati seorang lelaki yang juga peniaga air tebu tersepit tangan kirinya dan mengalami kecederaan. 

“Pihak bomba mengambil masa kurang daripada lima minit untuk mengeluarkan tangan kiri mangsa. Kami menghantar mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk rawatan lanjut, “ katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya