Lelaki nafi persetubuhan luar tabii, rogol, samun warga asing 

Lelaki nafi persetubuhan luar tabii, rogol, samun warga asing 

SEORANG lelaki (depan) mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas empat pertuduhan membabitkan kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii, rogol dan samun minggu lalu. - FOTO/MUHAMMAD IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan membabitkan kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii, rogol dan samun minggu lalu. 

Tertuduh, Zul Mazuan Zul Hilman@Suresh Kumar, 25, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Myanmar dengan memasukkan kemaluan ke dalam mulut di sebuah rumah di Tingkat Kikik 2, Taman Inderawasih, Perai di sini, kira-kira pukul 4 pagi pada 12 Oktober lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. 

Sementara itu, tertuduh turut didakwa menyamun mangsa sama sebanyak RM200 di lokasi dan masa yang sama. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Mengikut pertuduhan ketiga, Zul Mazuan didakwa merogol sambil mengacukan pisau pada mangsa sama yang didakwa dilakukan di tempat dan masa yang sama. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara di antara 10 tahun sehingga 30 tahun dan sebatan. 

Dalam pada itu, dia turut dituduh menyamun seorang wanita tempatan sebanyak RM200 di Medan Kikik 1, Taman Inderawasih, Prai kira-kira pukul 5.15 pagi pada 9 Oktober lalu. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamarulzaman dan Nur Fazliyana Ahmad. 

Noor Aini kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM50,000 beserta seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan terbabit. 

Mahkamah turut menetapkan 29 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya