Lelaki Myanmar mabuk bersama rakan maut ditikam - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar mabuk bersama rakan maut ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditemukan maut di tempat kerjanya di sebuah kilang di Mahsan, di sini, awal pagi tadi.

Sumber memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi berkenaan, mangsa, Moe Naing, 36, dipercayai maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah akibat ditikam di beberapa bahagian di badan. 

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dalam keadaan mabuk bersama rakan-rakannya.

“Kejadian tersebut disedari pengurus kilang dan segera memaklumkan insiden berkenaan kepada  polis.

“Polis ke lokasi kejadian namun pemeriksaan di kilang mendapati lima pekerja yang dipercayai suspek menghilangkan diri,” katanya.

Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau memberitahu, polis kini sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

“Kami meminta orang awam untuk menyalurkan maklumat atau berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan jika mempunyai maklumat berkaitan kes ini atau terserempak dengan suspek.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN