Lelaki maut kena kena serangan jantung ketika bertengkar - Utusan Malaysia

Lelaki maut kena kena serangan jantung ketika bertengkar

SEORANG lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian di Kampung Serting Ilir, Batu Kikir, Jempol, semalam.-UTUSAN/NURULAZMA SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki yang rebah dan meninggal dunia dalam kejadian di sebuah kedai memproses ayam di Kampung Serting Ilir, Batu Kikir di sini petang semalam disahkan diserang jantung.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, bedah siasat Hospital Jempol pada pukul 9.45 pagi hari ini endapat keputusan kematian adalah lelaki itu disebabkan serangan jantung.

“Tiada sebarang kecederaan dikesan pada luaran dan dalaman si mati. Si mati mempunyai rekod penyakit jantung dan angin ahmar sejak tahun 2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Semalam seorang lelaki dilaporkan rebah dan meninggal dunia di sebuah kedai memproses ayam di Kampung Serting Ilir di sini.

Difahamkan mangsa dari Felda Pasoh 1, Simpang Pertang, Jelebu, sebelum itu bertengkar dengan seorang lelaki lain.

“Polis mengambil keterangan lelaki berkenaan dan semua saksi kejadian tersebut,” kata Chang Hook lagi.

Sementara itu, dalam kes berlainan, beliau berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu merentas negeri tanpa vaksinasi lengkap dan tanpa kebenaran polis.

Lelaki itu dikenakan kompaun tersebut semasa pemantauan SOP yang dijalankan di Kilometer 35 Jalan Bahau-Kemayan di sini pada pukul 12.40 tengah hari tadi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.