Lelaki ditahan, tidak serik ugut bunuh anak saudara

Lelaki ditahan, tidak serik ugut bunuh anak saudara

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun pernah dituduh dan dijatuhkan hukuman kerana melakukan ugutan bunuh sebelum ini, seorang lelaki seolah-olah tidak serik apabila melakukan jenayah sama terhadap anak saudaranya dalam kejadian di Taman Tasik Tambahan, di sini hari ini.

Lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai berhalusinasi kerana dadah itu turut menendang kakak yang juga ibu kepada mangsa dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku ketika suspek datang ke rumah mangsa sebelum masuk melalui ruang tamu dan terus mengamuk memarahi kakaknya.

Kata beliau, suspek kemudian telah ke dapur dan kemudiannya mengambil sebilah pisau lalu terus mengacukan pisau ke arah anak saudaranya berusia 17 tahun yang turut berada di situ sambil menggugut mahu membunuhnya.

“Ekoran itu, bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah dimaklumkan mengenai kejadian sebelum pihak polis bergegas tiba ke kediaman tersebut dan membuat tangkapan terhadap suspek. 

“Hasil tangkapan itu, sebilah pisau berwarna perak yang digunakan suspek semasa kejadian turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, hasil ujian saringan urin suspek mendapati telah positif dadah jenis Methamphetamine.

Sehubungan itu, ujar beliau, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Iaitu memasukkan dadah dalam badan

“Suspek merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik dan tidak bekerja serta masih belum berkahwin. 

“Ini juga merupakan kejadian kedua yang mana sebelum ini, suspek pernah dituduh dibawah dan menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana mengugut bunuh mangsa sama,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya