Lelaki ditahan jadikan kediaman mewah simpan dadah - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan jadikan kediaman mewah simpan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Modus operandi menjadikan dua kediaman mewah sebagai stor menyimpan dadah terbongkar selepas seorang lelaki ditahan dalam serbuan di Jalan Bukit Palma 2, Kajang pada Selasa lalu.

Serbuan dijalankan susulan dijalankan pihak polis terhadap sindiket pengedaran dadah berpusat di Brickfields, di sini yang dipercayai aktif sejak September lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 31 tahun dalam serbuan pertama di lokasi terbabit pada pukul 1.30 petang.

Katanya, dalam serbuan itu, satu bungkusan teh cina mengandungi dadah disyaki jenis methaphetamine seberat 1.05 kilogram (kg) turut dirampas.

“Hasil soal siasat dilakukan terhadap lelaki berkenaan membawa kepada satu lagi serbuan di unit kediaman di residensi berkenaan pada hari sama.

“Sebanyak 18 bungkusan dadah dipercayai heroin seberat 8.05 kg serta 3.12 kg dadah jenis methamphetamine yang diletakkan di dalam sebuah bilik di kediaman itu turut ditemukan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Lei Choo berkata, serbuan ketiga turut dibuat di di unit kediaman di residensi mewah di Taman Teknologi Mint, Bangi, Selangor.

Jelas beliau, sebanyak 20 bungkusan teh cina mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 21.1 kg serta 28 bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 12.61 kg di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan dirampas polis.

“Kita turut menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Taming Jaya dan merampas wang tunai berjumlah RM60,520.

“Siasatan mendapati sindiket menyewa dua kediaman mewah sebagai tempat penyimpanan dadah yang dibayar dengan kadar harga RM1,200 hingga RM1,800 sebulan,” katanya.

Tambahnya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.17 juta dan boleh digunakan seramai 91,860 penagih.

“Hasil saringan awal dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC) dan tiada rekod jenayah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu lalu hingga 26 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya