Lebih 1,000 Baucar Pelancongan Selangor 2.0 ditebus sejak malam tadi

Lebih 1,000 Baucar Pelancongan Selangor 2.0 ditebus sejak malam tadi

SELANGOR mempromosikan pelancongan tempatan menerusi tawaran baucar bernilai RM100 kepada 10,000 penduduk sehingga 31 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 1,000 pakej dan Baucar Pelancongan Selangor 2.0 ditebus oleh orang ramai menerusi aplikasi beli-belah Shopee bermula jam 12 tengah malam tadi.

Menerusi ciapan dalam Twitter Tourism Selangor memaklumkan, sebanyak 10,000 baucar ‘Pusing Selangor Dulu’ bernilai RM100 setiap satu ditawarkan kepada orang ramai bagi tempoh sehingga 31 Disember ini.

Menurutnya, tempoh sah guna baucar berkenaan adalah sehingga 30 Jun tahun hadapan dengan melibatkan 170 pakej pelancongan menarik.

“Rakyat Malaysia berusia 18 tahun layak untuk menebus baucar ini yang terhad kepada satu transaksi menerusi Shopee-Pay.

“Baucar berkenaan tidak boleh diganti dengan produk lain dan ia akan dihentikan selepas tempoh kempen berakhir,” katanya.

Menerusi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu melalui Lazada dan Touch ‘n Go eWallet.

Pada 18 Disember tahun lalu, Selangor melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu membabitkan 10,000 baucar untuk menginap di hotel dan inap desa berlesen serta taman tema. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya