Lawatan kerja Prabowo eratkan hubungan diplomasi Indonesia-Malaysia

Prabowo bertemu PM, Hishammuddin erat hubungan diplomasi Indonesia-Malaysia

PRABOWO Subianto akan bertemu Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dalam lawatan kerja sehari ke Malaysia esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Prabowo Subianto akan mengadakan lawatan kerja selama satu hari ke Malaysia esok bagi mengeratkan hubungan diplomasi kedua-dua negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengiringi rakan sejawat beliau bagi melaksanakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terlebih dahulu.

Selepas selesai kunjungan hormat tersebut, Prabowo dan delegasi terlibat dalam pertemuan dua hala bersama Hishammuddin dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan.

Kedua-dua pemimpin tersebut akan membincangkan beberapa isu bersama bagi mengeratkan hubungan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan Indonesia. 

Kementerian Pertahanan mengendalikan pelaksanaan lawatan tersebut berdasarkan tatacara dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ketat seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya