Langkawi terima 100,000 pelancong Oktober - Utusan Malaysia

Langkawi terima 100,000 pelancong Oktober

LANGKAWI akan menjalani gelembung pelancongan antarabangsa. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seramai 100,000 pelancong dijangka berkunjung di pulau peranginan ini sempena projek rintis gelembung pelancongan pada bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, jumlah tersebut boleh dicapai berdasarkan catatan kedatangan pelancong sehingga pertengahan bulan ini mencecah seramai 51,400 orang.

Katanya, jumlah kehadiran pelancong itu melebihi sasaran awal seramai 60,000 orang pada sepanjang bulan ini.

“Tempahan kapal terbang dan feri mula bertambah sehingga akhir bulan ini selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktober lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam LADA bersama media di Hotel Goldsands, di sini malam tadi.

Projek rintis gelembungan pelancongan di Langkawi bermula pada 16 September lalu.

Untuk rekod, sehingga 30 September, Langkawi menerima seramai 38,784 pelancong secara keseluruhan iaitu melebihi daripada jumlah sasaran sekitar 30,000 orang.

Nasaruddin memberitahu, pada masa ini, tiga buah feri dari Kuala Perlis dan dua buah lagi dari Kuala Kedah disediakan untuk pelancong yang ingin ke Langkawi setiap hari.

Katanya, jumlah feri bagi perjalanan tersebut ditambah sekiranya mendapat permintaan semakin tinggi selepas ini.

Tambahnya, sebanyak 25 penerbangan membawa pelancong mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini setiap hari.

“Jumlah penerbangan pada setiap hari itu hampir mencapai keupayaan maksimum lapangan terbang itu,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, kejayaan projek rintis gelembung pelancongan yang bermula 16 September lalu bukan berdasarkan kepada angka kedatang pelancong yang luar biasa tetapi juga tidak berlaku peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di pulau ini.

“Tidak berlaku peningkatan kes penularan Covid-19 secara mendadak dalam kalangan penduduk tempatan dan tidak berlaku jangkitan antara penduduk tempatan dengan pengunjung-pengunjung yang datang di Langkawi.

“Berdasarkan dengan pencapaian tersebut, Langkawi sedia menerima kehadiran pelancong antarabangsa dan menawarkan destinasi projek rintis gelembung pelancongan antarabangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya