KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini tertumpu kepada usaha kerajaan mengelakkan peningkatan kes Covid-19 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan dalam sesi jawab lisan Waktu Pertanyaan Menteri yang akan diajukan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) kepada Perdana Menteri.
Perkara itu menjadi antara isu penting yang dibincangkan kerana tidak mahu perkara yang berlaku di PRN Sabah berulang sekali lagi.
Dalam pada itu, pada sesi jawab lisan pula, Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) akan meminta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kementerian sedang atau telah mula meneliti kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.