GEORGETOWN: Tinjauan Utusan Malaysia pagi ini mendapati lalu lintas untuk masuk ke Pulau Pinang sesak pada sebelah pagi ini.
Penduduk Kedah yang bercuti hujung minggu hari ini ada yang mengambil peluang rentas negeri masuk ke negeri ini selain hampir semua sektor pekerjaan sudah kembali dibuka antara penyumbang kepada kesesakan.
Tinjauan menunjukkan laluan dari Sungai Dua dan Juru menghala masuk ke bahagian pulau sesak teruk.
