KWAP-LTAT mampu beri pulangan lumayan - Utusan Malaysia

KWAP-LTAT mampu beri pulangan lumayan

LTAT membuat pelaburan melebihi had ditetapkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggabungan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dijangka memberi pulangan lebih lumayan kepada penyimpan.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, keuntungan itu mampu diperoleh sekiranya penggabungan kedua-dua entiti tersebut adalah bagi membentuk skala ekonomi entiti pelaburan lebih besar.

Ujarnya, langkah itu bakal memberi kekuatan untuk memilih atau berunding dengan pengurus dana.

“Namun, penggabungan ini jika tidak ditangani dengan bijak mungkin menyebabkan pembaziran sumber kewangan, sumber manusia dan aset-aset yang sedia ada.

“Justeru, agenda penggabungan ini hendaklah diadakan secara kemas, tersusun, jelas dan mendapat sokongan majoriti daripada pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas desas-desus mengenai penggabungan kedua-dua entiti itu dalam usaha menjadikannya lebih kukuh dari segi sumber dana, seterusnya membuat pelaburan yang memberikan pulangan lebih tinggi kepada pemegang taruh.

Menurut Aimi Zulhazmi, dari segi penjenamaan pula, penggabungan tersebut dapat menambah keyakinan penyimpan dan pihak berkepentingan. 

“Mungkin di masa depan, entiti ini dapat membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang lain untuk turut serta melabur dalam  institusi ini seperti yang ditawarkan sekarang oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji.

“Penggabungan juga seharusnya tidak menjejaskan objektif penubuhan kedua-dua institusi agar tiada pihak terjejas,” jelasnya.

Objektif penubuhan KWAP adalah untuk menguruskan dana yang ditubuhkan di bawah Seksyen 13 Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 ke arah mencapai pulangan optimum melalui aktiviti pelaburannya.

LTAT pula ditubuhkan untuk mengoptimumkan faedah persaraan dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anggota angkatan tentera menerusi amalan dan piawaian yang terbaik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.