Kutipan zakat Pahang meningkat 5.9 peratus - Utusan Malaysia

Kutipan zakat Pahang meningkat 5.9 peratus

TENGKU Amir Nasser Ibrahim Shah Sultan Abdullah (tengah) menerima replika cek zakat perniagaan daripada Bank Muamalat pada majlis penyerahan zakat perniagaan korporat di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang merekodkan terdapat peningkatan 5.9 peratus iaitu sebanyak RM5.7 juta kutipan zakat bagi tahun ini.

Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Datuk Halidan Md. Daud berkata, sejumlah RM158.3 juta berjaya dikutip dan sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan komitmen dan kesedaran umat Islam.

Menurutnya, peningkatan itu seiring dengan pertambahan seramai 3,721 pembayaran cukai berbanding tahun lalu.

“Sehingga 20 Oktober lalu, seramai 86,828 pembayar zakat harta telah membayar zakat dengan jumlah RM102.3 juta berbanding dalam tempoh yang sama tahun lalu seramai 83,107 telah menunaikan zakat harta dengan jumlah RM96.6 juta termasuk badan-badan korporat.

“Setakat ini, kutipan zakat harta berada di landasan yang baik dan pihak kita menyasar kutipan zakat sebanyak RM170 juta membabitkan seramai 97,000 pembayar cukai pada tahun ini.

“Penyumbang terbesar bagi kutipan zakat adalah daripada potongan gaji iaitu sebanyak RM47.4 juta dan kedua pula daripada badan korporat dan sektor perniagaan iaitu RM22.3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan korporat yang disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, menurut Halidan, Muip melalui PKZ Pahang menerima zakat perniagaan sejumlah RM2.53 juta daripada lima syarikat.

“Lima syarikat berkenaan ialah YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. dengan RM726,775.70, Pharmaniaga Berhad (RM650,000), Bank Pembangunan Malaysia Berhad  (RM384,968), Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM222,959) dan Agro bank (RM168,596).

“Peningkatan kutipan zakat dapat memberi manfaat kepada  golongan asnaf yang akan dilaksanakan oleh Muip menerusi penyaluran bantuan. Kita juga bersyukur walaupun berlaku penularan wabak pandemik, umat Islam dapat menunaikan zakat harta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya