fbpx

Kursus praperkahwinan Islam anjuran Jawi dapat sambutan

MOHD. Fadzil Abu Kasim (tengah) melancarkan Buku Garis Panduan Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam di Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Biarpun dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), Kursus PraPerkahwinan Islam seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tetap mendapat sambutan ramai biarpun dilaksanakan secara atas talian.

Sejak Julai tahun lalu hingga Oktober tahun ini, seramai 72,915 orang peserta telah mengikuti kursus berkenaan melalui 23 Pusat Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Jawi menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kursus berkenaan terpaksa dilaksanakan secara atas talian susulan pandemik Covid-19.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 27 Pusat KPPI di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah diberikan permit penganjuran kursus oleh Jawi.

“Kursus Praperkahwinan Islam diwajibkan bagi pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai persediaan melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran berumahtangga,” katanya.

Dalam pada itu, Jawi hari ini turut memberi penarafan Gred A (Cemerlang) kepada 10 Pusat KPPI di Wilayah Persekutuan berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Dalam majlis ringkas di Masjid Negara, Kuala Lumpur pagi tadi, Jawi turut melancarkan Buku Garis Panduan Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam yang julung kali diperkenalkan bertujuan mewujudkan Pusat KPPI berkualiti, seragam dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Majlis disempurnakan Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Mohd Fadzil Abu Kasim. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI