Kumpulan UMP Holdings perkenal logo, identiti jenama baharu - Utusan Malaysia

Kumpulan UMP Holdings perkenal logo, identiti jenama baharu

ABDUL AZIZ Abdul Rahman (empat,kiri) bersama Syed Mohamad Hamzah Al Junid (tiga dari kiri) dalam Majlis Perasmian logo terbaharu Kumpulan UMP Holdings di Hotel Zenith di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kumpulan UMP Holdings memperkenalkan logo baharu yang lebih moden untuk menjadi sebuah syarikat universiti yang terus maju dalam perniagaan dan kekal berdaya saing dalam pasaran domestik, seterusnya bakal menembusi pasaran dunia.

Identiti korporat syarikat berkenaan yang baharu diketengahkan itu menyaksikan pengenalan yang lebih moden, sekali gus melambangkan imej organisasi itu yang berpandangan jauh dan lebih progresif.

Bertepatan usaha UMP Holdings dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menjadi peneraju dalam industri masing-masing, ia dilihat dapat melestarikan pertumbuhan ekonomi sekali gus merancang lebih banyak kerjasama.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, walaupun hampir dua tahun diselubungi kesan akibat Covid-19, pihaknya yakin UMP Holdings akan terus kekal komited dalam memastikan perniagaan sentiasa menjana keuntungan.

“Saya juga dimaklumkan berkenaan usaha mereka dengan pengenalan Pelan Mitigasi Krisis yang membawa kepada perkemasan tadbir urus dan penekanan terhadap konsep alam Sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kerja seharian,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Logo terbaharu Kumpulan UMP Holdings dengan tema Satu Lantera, Seribu Cahaya di sini semalam. 

Abdul Aziz berkata, jenama memainkan peranan penting dalam pasaran yang begitu kompetitif ketika ini, justeru pelan jangka panjang baharu perlu dicipta agar dapat meningkatkan tahap relevan dan daya saing kepada pelanggan.

“Konsep ini akan membantu syarikat mencapai kelestarian dan penghargaan daripada pihak luar untuk satu jangka masa yang panjang.

“Hasrat ini juga terus diperkemas dengan pengenalan penyatuan imej korporat dan logo Kumpulan UMP Holdings yang menumpukan kepada strategi ‘Penyatuan’ dan ‘Kekuatan’ setiap cabang perniagaan yang ada di bawah kumpulan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMP Holdings, Ir. Dr. Syed Mohamad Hamzah Al Junid berkata, pihaknya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Logo Baharu Kumpulan UMP Holdings sebagai ‘Satu Permulaan Baharu’ baru-baru ini. 

Katanya, bagi menjayakan usaha keras dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi antara seluruh warga kerja UMP Holdings dan universiti, pihaknya terpanggil untuk memperkenalkan imej korporat terbaharu, selaras dengan dasar penyatuan dan sekali gus terus menjana sumber pendapatan lebih untuk universiti. 

Kumpulan UMP Holdings terdiri daripada UMP Services Sdn. Bhd., UMP Technology Sdn. Bhd., UCT Solutions Sdn. Bhd., Imani Agro Industries Sdn. Bhd., UMP Energy Sdn. Bhd dan UMP Entrepreneur Sdn. Bhd. 

Selain itu, Kumpulan UMP Holdings turut mempunyai lima buah syarikat spin-off dalam kumpulan iaitu UMP Green Technology Sdn. Bhd., UMP Keraglow Sdn. Bhd., UMP Renal Care Sdn. Bhd., UMP Ecopest Sdn. Bhd. dan Synbion Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya