Kualiti pemanduan rakyat masih tahap rendah - Utusan Malaysia

Kualiti pemanduan rakyat masih tahap rendah

SHAHANIZA Shamsuddin (dua dari kiri) melancarkan baju Kelab Daz Bikers di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kualiti pemanduan rakyat yang masih rendah faktor berulangnya kesalahan jalan raya dan kemalangan terutama membabitkan kereta serta motosikal seperti dilaporkan kebelakangan ini. 

Kesalahan itu tidak wajar diletakkan atas faktor kereta ataupun motosikal, tetapi kualiti pemanduan yang bermula daripada asas mereka belajar memandu. 

Pemandu bukan sahaja diberi pengetahuan tentang peraturan jalan raya tetapi  latihan mengawal diri dan bersabar ketika berdepan tekanan di jalan raya.

Penaung Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, pengetahuan peraturan jalan raya itu hakikatnya dimiliki oleh setiap pemandu yang layak memiliki lesen memandu. 

Namun, beliau berkata, tidak semua pemandu mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan dan berterusan membuat kesalahan yang akhirnya mengundang berlakunya kemalangan.

“Kita dapat lihat sepertimana  dilaporkan dan tular dalamlaman media sosial sikap pemandu yang antaranya memandu perlahan di lorong kanan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan membuat pusingan U tanpa pastikan laluan selamat.

“Mereka juga memandu secara cuai dan gopoh serta ada juga melawan arus sekali gus mengundang ancaman dan bahaya terhadap perjalanan serta kematian,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran baju Kelab Daz Bikers di sini. 

Pelancaran disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan, Pembanguman Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Zuhairi berkata, isu kualiti pemanduan turut membabitkan penunggang basikal yang juga kerap dilaporkan seperti menunggang secara bahaya, melanggar lampu isyarat, sesuka hati melintas jalan dan mengekori rapat kenderaan terutama lori. 

Jelasnya, mungkin sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan undang-undang khas untuk basikal seperti yang dilaksanakan negara luar, antaranya United Kingdom (UK), Kanada dan Singapura.

Menurutnya, di negara-negara berkenaan, menerusi undang-undang khas itu, mereka memfokuskan beberapa perkara antaranya lorong khusus untuk kegunaan basikal, penggunaan topi keledar, spesifikasi khusus dan kelayakan sesebuah basikal itu berada di atas jalan raya serta turut menitikberatkan kepentingan dan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beliau berharap  kerajaan terus menyampaikan segala bentuk maklumat dan informasi bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya sikap berhemah ketika memandu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN