Kluster Covid-19 semakin meningkat - Utusan Malaysia

Kluster Covid-19 semakin meningkat

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan pertambahan kluster Covid-19 sebanyak sembilan kluster melibatkan enam tempat kerja manakala komuniti, kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain, masing-masing satu kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan tiga di Kuala Lumpur, dua di Selangor dan satu di Kedah.

“Satu kluster pendidikan lain di Kuala Lumpur serta satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Perak dan satu kluster komuniti di Kelantan.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 494 kluster manakala 5,250 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 6,148 kes berbanding semalam, 5,726 kes sekali gus diatasi 7,595 kes sembuh.

Selain itu katanya, sebanyak 563 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 292 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 6,148 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 101 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya 6,047 kes (98.4 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan sedikit penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 84 kes berbanding kelmarin, 92 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,576 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 20 daripada 84 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,771 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya