Khairy hargai pemilihan sebagai Naib Presiden WHA - Utusan Malaysia

Khairy hargai pemilihan sebagai Naib Presiden WHA

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih terhadap pemilihannya sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei 2022 di Geneva, Switzerland.

Jelas beliau, pihaknya akan mengetengahkan suara Pasifik Barat kepada perhimpunan dunia khususnya membabitkan prinsip kesaksamaan, solidariti dan akauntabiliti.

“Terima kasih di atas pemilihan Malaysia sebagai Naib Presiden WHA. Kita akan membawa suara Pasifik Barat kepada perhimpunan dunia khususnya membabitkan prinsip kesaksamaan, solidariti dan akauntabiliti,” kata Khairy dalam ciapan akaun Twitter beliau hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan pelantikan Khairy sebagai Naib Presiden bagi WHA Ke-75 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei tahun depan di Geneva, Switzerland.

Beliau berkata, pelantikan dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke-72 (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Himeji, Jepun.

Tambah beliau, pemilihan Khairy adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan aktif yang dimainkan Malaysia dalam platform kesihatan dunia.

WHA adalah badan pembuat keputusan tertinggi untuk WHO dan dianggotai oleh 194 negara anggota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN