Kerajaan sasar pendapatan sektor budaya cecah RM1 bilion tahun 2025

Kerajaan sasar pendapatan sektor budaya cecah RM1 bilion tahun 2025

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM1 bilion pendapatan mampu dicapai kerajaan membabitkan sektor kebudayaan menjelang tahun 2025.

Perdana Menteri Datuk, Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan keyakinan tersebut berkata,  sasaran dapat dicapai menerusi pelbagai strategi pembangunan dan program yang telah  disusun rapi.

Katanya, bagi memastikan hasrat tersebut direalisasikan, kerajaan telah merangka strategi   merangkumi pendidikan di peringkat prasekolah, rendah dan menengah.

“Beberapa program turut diwujudkan antaranya Permata Genius dan Tunas Budaya untuk mengakrabkan anak-anak Keluarga Malaysia kepada seni, budaya dan warisan.

“Seperti pepatah, jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kini, semua institusi pengajian tinggi telah pun meletakkan aktiviti kokurikulum sebagai pra-syarat bagi melengkapkan pengukuran tahap kecemerlangan mahasiswa,” katanya menerusi ucapan katanya menerusi ucapan Pelancaran Dasar Kebudayaan Negara 2021 (Daken 2021) malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya